Ahad, 18 Mei 2008

AWAS!!..RISIKO SAMBUNG BAYAR KENDERAAN


Sebelum memikirkan untuk melepaskan tanggungan dan beban kita keatas orang lain adalah lebih baik kita fikirkan implikasinya ter lebih dahulu.

Antara faktor-faktor yang menyebabkan untuk kita melepaskan tanggungan atau beban kita adalah seperti:-

1.Kita sudah tidak mampu atau terdaya untuk membayar ansuran bulanan kenderaan.

2.Jumlah pinjaman kita dengan pihak Bank melebihi dari harga pasaran kenderaan kita.Oleh itu kita terpaksa menambah wang saku sendiri untuk menampung kekurangan pada harga semasa…jalan paling mudah untuk mengurangkan kerugian adalah dengan menjual kenderaan tersebut pada pihak ketiga dengan sambung bayar bagi mengelakan kerugian yang lebih besar.

3.Susah mendapat pinjaman dari pihak bank disebabkan kerana tidak layak atau nama telah disenarai hitamkan oleh pihak Bank.

4.Pada kebiasaan faktor ketika membeli kenderaan tersebut kita membuat pinjaman penuh terutamanya bagi kenderaan yang tidak popular seperti citroen,alfa,fiat dan sebagainya….bila kita hendak menjual kenderaan tersebut permintaan adalah amat kurang menyebabkan harganya merudum jatuh walaupun baru 1 atau 2 tahun kita beli menyebabkan pihak bank susah memberi pinjaman yang tinggi bagi pembeli yang layak.

Implikasi yang ditanggung oleh pemilik asal kenderaan apabila menyerahkan kepada pihak ketiga(Penyambung ) melalui kaedah sambung bayar.

Urusan sambung bayar tanpa penukaran hakmilik bukan sahaja berisiko kepada pemilik asal malah pihak penyambng juga tidak terkecuali daripada bebanan yang mungkin timbul kemudian hari.

Apa sahaja alasan,samada untuk mendapatkan kenderaan dari model tertentu atau pada harga yang murah,risiko perlu difikirkan sebelum menyambung bayar kenderaan,walaupun dari kawan sendiri.

Tanpa memahami kontrak di antara pemilik asal dengan pihak Bank,ramai yang mengenepikan risiko sambung bayar dengan meletakan kepercayaan penuh pada surat perjanjian.
Dalam kes melibatkan penipuan,kemalangan,kematian pemilik asal dan kecurian,penyambung hutang selalunya ‘berputih mata’ tanpa sebarang hak tuntutan insurans kerana polisi perlindungan hanya termeterai antara pemilik asal kenderaan.

Dalam kes melibatkan kematian pemilik asal kenderaan pula,penyambung bayar juga sering menjadi mangsa apabila kenderaan tersebut di tuntut oleh warisnya.
Harus diingat bahawa penyambung bayar tidak berhak terhadap kenderaan yang di bayar sehinggalah penukaran nama dilakukan.

Risiko lain kepada penjual adalah saman daripada pihak polis atau JPJ keatas kenderaan tersebut akibat kesalahan yang lakukan oleh penyambung bayar,lebih malang lagi penyambung bayar tidak mahu bertanggungjawab atas kesalahan nya kerana tahu pemilik asal tidak boleh membuat apa-apa tindakan sehingga pemilik asal kenderaan ‘disenaraihitamkan’ oleh pihak berkuasa.Walau apa keadaan sekalipun pemilik asal haruslah bertanggung jawab sepenuhnya keatas kenderaan tersebut selagi belum di tukar hak milik.

Oleh itu,pilihan terbaik adalah dengan menjauhkan diri daripada kaedah sambung bayar kerana walau sekuat mana kepercayaan kita kepada pemilik asal,ia pasti ‘tewas’ apabila berlawan dengan undang-undang jual beli.

Tiada ulasan: