Isnin, 28 April 2008

Panduan Membeli Kereta

Panduan memilih kenderaan

Langkah 1
Teliti kedudukan kewangan dan faktor jangka panjang kemudian ambil kira faktor berikut:
Jumlah wang yang perlu disediakan untuk membeli kereta baru atau terpakai
Berapakah pula wang pendahuluannya?
Tentukan jumlah ansuran yang mampu dijelaskan setiap bulan jika pembelian membabitkan pembiayaan


Langkah 2
Dapatkan salinan laporan kredit dan ketahui status kewangan daripada bank. Elak laporan kedudukan kewangan diketahui wakil penjual kereta bagi mengelak ditipu ketika proses pembelian terutama kenderaan terpakai.

Langkah 3
Pandu uji model kenderaan yang menepati cita rasa. - Pastikan kenderaan yang ingin dibeli sesuai untuk digunakan bagi tempoh panjang. - Bagi kenderaan terpakai, anda juga berhak memeriksa prestasi enjin dan pemanduan sebelum membuat keputusan - Elak terpengaruh kepada sesebuah kenderaan hanya kerana reka bentuk dan harga sebelum mengambil kira faktor prestasi enjin, penjimatan petrol dan kos penyelenggaraan

Langkah 4
Selepas semua faktor utama dipertimbangkan, tibalah masa membuat keputusan dan memilikilah kenderaan yang diidam-idamkan. Selamat memandu! Persoalan logik ketika memilih kenderaan bersesuaian USAH tergopoh-gapah membeli kenderaan sebelum mengkaji faktor kelebihan atau kelemahan sesebuah kereta yang diidamkan. Ada begitu banyak model kenderaan dengan reka bentuk menarik pada harga berbeza. Sebaiknya, senaraikan faktor keutamaan memiliki sesebuah kenderaan.

Antara soalan wajib yang harus difikirkan ialah:
1) Kenderaan buatan tempatan atau luar negara?
2) Kenderaan jenis manual atau automatik?
3) Jumlah tempat duduk?
4) Berapa jumlah penumpang yang akan menggunakannya?
5) Berbaloikah kos petrol untuk perjalanan harian?
6) Kenderaan kompak, sedan, SUV atau MPV?
7) Sejauh mana ia memenuhi keperluan dan gaya hidup seperti saiz tempat menyimpan barang atau keselesaan?
8) Bagaimana pula faktor harga?
9) Bagaimana kos penyelenggaraan kenderaan yang perlu ditanggung?
10) Faktor jual semula dan harga terpakai kenderaan dalam tempoh beberapa tahun akan datang?

Ini hanya panduan ....segala keputusan di tangan anda

Tiada ulasan: